Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Wednesday, March 11, 2009

Kuliah 10: EKONOMI PENERBITAN MEDIA CETAK DAKWAH

PENGENALAN
Penerbit akan sedaya upaya mengurangkan perbelanjaannya dan menambahkan pendapatannya.
Ekonomi penerbitan merupakan perkara yang perlu difikirkan oleh penerbit untuk meningkatkan jumlah untung.
Formula Asas Ekonomi Penerbitan;
Kos pengeluaran pernaskhah akan turun jika kuntiti yang dicetak meningkat.

PERBELANJAAN
  • perbelanjaan editorial - bayaran pengarang, pelukis, penyunting, penterjemah, pereka bentuk dll
  • Perbelanjaan percetakan - bayaran pencetak, pembuat kertas, dakwat, kain, penjilid, benang, gam dll
  • Pasaran dan pengedaran -bayaran jurujual, kerani pesanan, pengiklan, promoter dll
  • Kos pengurusan - sewa bangunan, bayaran utiliti, gaji kakitangan, kadar faedah pinjaman dll.

Secara keseluruhan, kesemua perbelanjaan tersebut dibahagi kepada empat iaitu Kos berubah secara automatik, Kos tidak berubah, Kos promosi, dan kos pengurusan.

KOS BERUBAH SECARA AUTOMATIK

Kos yang akan berubah jika bilangan naskhah bertambah. Antara perbelanjaan yang terlibat ialah,

  • Bayaran royalti pengarang - bergantung kepada bilangan naskhah terjual atau kadang-kadang bilangan naskhah yang tercetak.
  • Bayaran kepada pencetak- untuk kerja-kerja cetakan dan penjilidan
  • Bayaran untuk bahan-bahan - melalui pencetak atau langsung kepada pembekal spt kertas, dakwah, kain, benang, staples, gam dll
  • Kos kertas akan bertambah atau berkurang selari dengan jumlah naskhah yang dicetak dan mengikut harga kertas di pasaran.

KOS TIDAK BERUBAH

Kos yang tidak berubah walau banyak manapun jumlah naskhah yang dicetak.

  • penyediaan editorial - penterjemahan, penilaian, penyuntingan, ilustrasi, reka bentuk, rekabentuk kulit dll
  • Kos atur huruf - atur huruf, kaligrafi, pisah warna dan pembuatan plat/ segala kos peringkat penyediaan sehingga buku dicetak.
  • Kos atur huruf akan sama walau berapa banyak naskhah dicetak.

KOS PROMOSI

Kos berubah mengikut keputusan dasar penerbit yang biasanya dipengaruhi jumlah naskhah dan masa depan buku buku di pasaran. Umpamanya 30% daripada anggaran pendapatan buku tersebut sebagai belanja promosi.

Kos ini dipengaruhi oleh jenis buku, kuantiti, sambutan orang ramai dan jenis promosi.

KOS PENGURUSAN

Perbelanjaan ini tetap jumlahnya seperti pentadbiran, perakaunan, cukai, bayaran sewa, kadar faedah pinjaman dsb.

Kos ini relatif tetap. Jika pengurusan penerbitan adalah RM100,000 setahun dan penerbit menerbitkan 50 judul, maka setiap judul memerlukan kos pengurusan sebanyak RM2,000.

PENDAPATAN

Pendapatan yang diterima oleh penerbit ialah daripada hasil penjualan terbitannya. Menurut SMITH (1966), terdapat empat faktor utama mengira pendapatan penerbit;

  1. HARGA JUALAN - penentuan harga buku dibuat berdasarkan kos yang dikeluarkan oleh penerbit. Penentuan harga buku biasanya ditentukan dengan menggandakan kos pengeluaran iaitu 2 1/2 hingga 4 1/2 kali ganda daripada kos pengeluarannya, mengikut jenis buku.
  2. BILANGAN NASKHAH TERJUAL - Jumlah naskhah terjual akan mempengaruhi pendapatan penerbit. Terdapat naskhah yang tidak terjual, rosak, naskhah percuma untuk promosi.
  3. POTONGAN HARGA KEPADA PEDAGANG BUKU - Penuual buku runcit biasanya akan emnerima potongan harga daripada penerbit. Pemborong dan pengedar pula mendapat diskaun yang lebih sekitar 30% - 45% daripada harga buku. Terdapat pembeli yang menerima porongan harga daripada penjual.
  4. PERBELANJAAN TIDAK TERDUGA - Komisyen jurujual, hutang yang tidak terkutip daripada pembeli, belanja pengiriman pos yang penghantarannya ditanggung oleh penerbit. Kadar perbelanjaan ini boleh menjadi lebih 15%.
  5. ROYALTI KEPADA PENGARANG - Biasanya royalti ditentukan berdasarkan peratus tertentu daripada harga jualan buku (harga bruto) iaitu iaitu antara 5% - 15%- mengikut persetujuan antara penerbit dan pengarang. Terdapat juga penerbit membayar royalti berdasarkan harga jualan sesudah diskaun (harga neto). Semakin banyak naskhah dijual, semakin banyak royalti akan diterima oleh pengarang. Pembayaran pendahuluan biasanya akan dibayar oleh penerbit bagi tujuan penerbit mendapatkan hak terbitan, menggambarkan sikap baik penerbit dan sebagai imbalan hasil usaha penulis.

CONTOH PENGIRAAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

KOS PENGURUSAN

a) Sewa pejabat dan pemeliharaan RM 36,000

b) Gaji kakitangan dan belanja lain RM101,350

  • Pengurus
  • editor pengeluaran
  • editor kopi
  • jurujual
  • jurutaip
  • kerani akaun
  • penjaga stor
  • penghantar surat
  • Bonus tahunan
  • EPF
  • Bayaran insuran dan perubatan

c) Perbelanjaan Utiliti RM 11,000

  • bayaran telefon dan pos
  • bayaran elektrik dan air
  • pemeliharaan peralatan pejabat

d) Perbelanjaan Kenderaan RM 25,000

  • Petrol dan parking & tol
  • Servis dan pembaikan
  • Cukai jalan dan insuran

e) Perbelanjaan Am RM 13,500

  • alatulis dan suratkhabar
  • perbelanjaan hiburan & minuman
  • Belanja perjalanan
  • Periklanan dan promosi

f) Penyelidikan dan Pembangunan RM 13,000

  • membina penulis
  • penyelidikan
  • penilaian manuskrip

g) Perbelanjaan profesional RM 7,500

  • Khidmat perakaunan
  • bayaran audit
  • bayaran guaman

h) Susut Nilai harga Tetap (Harga harta x 15%) RM 20,895

  • pendingin hawa
  • komputer
  • pencetak
  • mesin taip
  • mesin fotocopi
  • mesin faks & telefon
  • kenderaan
  • perabot
JUMLAH OVERHEAD RM 223,745

ANGGARAN KOS PENGURUSAN SETAHUN DIBAHAGIKAN DENGAN JUMLAH NASKHAH BUKU DITERBITKAN SETAHUN

RM223,745 / 108,000 nsk = RM 2.07 senaskhah


KOS PENGELUARAN

a) penilaian manuskrip RM 500
b) penaipan ke dalam komputer RM 350
(jika penulis tiada softcopy)
c) Ilustrasi RM 150
d) Aturhuruf dan mekap halaman RM 2,650
e) Indeks RM 200
f) Pisah warna dan filem RM 350
g) Kult buku RM 250
h) Cetakan dan kertas RM 4,500

KOS PENGELUARAN RM 8,950

Kos pengeluaran pernaskhah = RM 8,950/ 3,000 nsk = RM2.98


KOS PENJUALAN

a) Potongan harga 35%
b) Komisyen jualan 3%
c) Naskhah Percuma 2%
d) Stok lapuk 3%
e) Risiko hutang lapuk 2%
f) Royalti 10%

JUMLAH PERATUSAN TERLIBAT 55%

PENGIRAAN MENETAPKAN HARGA

Judul Buku: MEDIA CETAK DAKWAH
Jumlah Halaman: 350 halaman
Jumlah Cetak: 3,000 naskhah
Royalti: 10% daripada harga jualan
Potongan harga: 35% daripada harga jualan
Komisyen; 3% daripada jualan
Hutang lapuk 2% daripada jualan
Naskhah Percuma: 2% daripada jumlah cetakan @ 60 naskhah
Stok Lapuk 3% daripada jumlah cetakan @ 90 naskhah
Kos pengeluaran: RM8,950 @ RM2.98 senaskhah
Kos Pengurusan: RM6,215 @ RM2.07 senaskhah

Andaian harga Buku = Y
Penetapan Untung = 20% daripada jualan
Pendapatan Jualan = Perbelanjaan + Untung
Daripada jumlah cetakan 3,000 naskhah, hanya 2,850 naskhah sahaja yang dijual (ditolak naskhah percuma dan stok lapuk)
Pendapatan Jualan = 2,850Y
Pendapatan Penerbit = 1852.5Y (2,850Y - 35% potongan harga)
Tolak Royalti (285Y)
Tolak Komisyen (37.05Y)
Tolak Hutang lapuk (37.05Y)

Anggaran Untung 20% = 185.25Y (185.25Y x 20%)

Pendapatan Jualan = Perbelanjaan + Untung
1,852.5Y = (RM8,950 + RM 6,215)+ (285Y + 37.05Y + 37.05Y) + 185.25Y
1,852.5Y = (RM15,165) + (299.10Y) + 185.25Y
1,852.5Y = RM15,165 + 544.35Y
1,852.5Y - 544.35Y = RM15,165
1,308.15Y = RM15,165
Y = RM15,165/1,308.15
Y = RM11.59

TITIK PULANG MODAL (BREAK-EVENT-POINT)
Bilangan naskhah yang perlu dijual untuk mendapatkan modal yang dilaburkan.

Titik Pulang Modal = Jumlah Perbelanjaan/ Jumlah Harga buku
= RM15,165/ RM11.59
= 1,308 naskhah