Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Wednesday, November 11, 2009

Kuliah 4: Aliran Kerja Penerbitan

Tahap penerbitan
(Rujuk Rajah dlm buku Hamedi Adnan (1997, h. 63)

Sumber idea – pengguna, jurujual, pengedar, penerbit saingan dan penyelidikan
Penapisan – menilai potensi pasaran, menentukan kesesuaian judul, kesan judul baru terhadap judul lain
Analisis perniagaan – meramalkan jualan dan analisis keuntungan
Membentuk dan menguji keluaran – menguji judul, memohon hak cipta dan merekabentuk kulit buku
Ujian pasaran – menguji kaedah promosi, memilih saliran pengedaran, menentukan harga dan menentukan rancangan promosi
Pengenalan – mesyuarat jualan, menyelaras pengedaran dan melancarkan promosi
Penilaian – menganalisis data jualan, menyusun semula campuran promosi, menyusun semula jurujual dan menggugurkan judul lemah

Peranan penerbit
Perancangan dan pembuatan keputusan
Perancangan dan perolehan manuskrip
Penilaian manuskrip
Penyuntingan dan penyusunan manuskrip
Perekaan bentuk manuskrip
Penyediaan manuskrip untuk pencetak
Pembacaan pruf
Penentuan bilangan naskhah dan harga buku
Periklanan dan pemasaran
Pemilihan kertas teks
Perancangan perekaan kulit
Pengurusan pengeluaran
Penerbitan dan pengedaran

Peranan pengarang
Menghantar proposal
Bekerjasama dengan editor perolehan
Menyediakan manuskrip mengikut jadual yang ditetapkan
Membuat pembaikan mengikut cadangan editor
Memastikan manuskrip lengkap
Membaca pruf
Membantu memasarkan buku
Lain-lain

Tugas editor
Mencari pengarang dan membimbingnya
Membaca dan mebaiki proposal pengarang
Menyediakan kelengkapan yang diperlukan pengarang sewaktu menulis
Mengawasi perkembangan kerja pengarang
Menghubungkan pengarang dengan editor naskhah
Menguruskan perjanjian di antara pengarang dengan penerbit
Merancang aktiviti promosi
Membantu memasarkan buku
Lain-lain

Fungsi editorial
Editor – kakitangan penerbit yang ditugaskan menangani sesebuah manuskrip supaya diterbitkan
Perhubungan antara penerbit dengan pengarang, penerbit dengan pencetak, penerbit dengan penilai
Menjaga kualiti penerbitan, membina kepengarangan, konsep buku, menyelia aspek mekanikal, proses pengeluaran, membuat anggaran kos, membantu bahagian pemasaran, merangka belanjawan dan penjadualan projek penerbitan

Jenis-jenis editor
Editor – jawatan asas sesiapa yang bekerja di syarikat penerbitan di bahagian editorial
Tugasnya luas iaitu dari membina pengarang hingga ke mesin cetak
Editor mengikut bidang – editor bahasa, editor sains sosial, editor agama, editor teknologi maklumat dll.
Editor pengurusan – ada syarikat besar dan komersial – mengawasi proses penerbitan yang dijalankan oleh editor di samping berurusan dengan penulis, membina pengarang dan penyuntingan naskhah.
Editor perolehan – membina pengarang dan mencari manuskrip, pembinaan judul, memberi keputusan untuk judul buku yang akan diterbitkan, perancangan bidang-bidang yang penting untuk syarikat
Editor siri – menangani penerbitan buku bersiri
Editor bidang – menangani penerbitan buku dalam sesuatu bidang dan megawasi pembinaan judul dan proses penerbitan bidang di bawah seliaannya
Editor kopi – penghubung antara pengarang dengan pembaca – memantau kesalahan tatabahasa
Penolong editor – membantu kerja-kerja editor dalam kerja-kerja persembahan buku

Peringkat tugas editor
Menerima manuskrip – menilai dan membuat keputusan untuk terbit (sendiri atau upah penilai)
Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kebolehlaksanaan penerbitan
Membuat penyuntingan
Menentukan bentuk fizikal buku
Meneliti bentuk taipskrip atau galei dan menyerahkan kepada penulis untuk penyuntingan pruf
Semasa proses cetakan, editor merancang promosi buku
Daripada pengarang kepada pembaca
Taipskrip

Aliran kerja penerbitan
Rujuk - Hamedi Mohd Adnan (1997) Pengantar Penerbitan Buku. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya

Rujukan Tambahan:
Stanley Unwin (1988) Mengenal Dunia Penerbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamedi Mohd Adnan (1996) Penerbitan dan Pemasaran Buku di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Hamedi Mohd Adnan (2002) Industri Buku Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Judith Butcher (1989) Penyuntingan Kopi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
____ (1990) Gaya Dewan: Sebuah Panduan Kerja Penerbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka