Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Saturday, July 11, 2009


Kuliah 8:PEREKAAN KULIT BUKU

Peranan Kulit Buku/ Majalah
Pandangan pertama- menarik minat khalayak/ sasaran
Membezakan jenis buku/ terbitan
Mengetahui isi kandungan
Mengetahui pembaca sasaran
Mengetahui penulis
Mengetahui penerbit

Jenis-jenis Kulit Buku
Kulit lembut
1.Bersayap
2.Tidak bersayap
Kulit keras
1.Berjaket
2.Tidak berjaket

Kandungan kulit
Kulit depan – judul, nama penulis/ penyusun/ editor, logo penerbit
Keterangan lain – nama samaran penulis, keterangan penulis
Keterangan karya
Keterangan ilustrasi
Keterangan monograf
Keterangan edisi
Keterangan jilid
Keterangan siri
Keterangan editor khusus
Keterangan sumber bahan
Keterangan penterjemah
Nama penulis kata pengantar/pendahuluan/ kata alu-aluan
Projek khas
Penerbitan bersama
Ilustrasi khusus
Logo penerbitan bersama
Saiz Logo

Kulit belakang
Keterangan teks/ ulasan
Biodata/ gambar penulis
Judul lain dlm siri/ bidang yang sama
Judul lain oleh penulis yang sama
Nombor ISBN

Tulang belakang
Logo penerbitan
Judul buku
Nama penulis
Tiada logo bagi tulang belakang yang lebarnya kurang drpd 7 mm

Kulit keras
Buku mewah
Buku pengajian tinggi/ ilmiah
Buku dlm siri khusus
Buku klasik
Buku kanak-kanak utk perpustakaan
Novel dan karya kreatif pilihan
Kamus dan ensiklopedia

Jaket
Bahan maklumat pada kulit keras tidak berjaket sama spt bhn pada buku kulit lembut
Kulit keras berjaket judul buku dan logo sahaja dicetak pada kulit
Bahan maklumat pada kulit depan jaket sama seperti bahan maklumat pada kulit depan buku

Kulit lembut
Lipatan depan jaket – bahan maklumat pada lipatan depan jaket mengandungi perkara berikut- keterangan teks, judul lain oleh penulis, judul lain dalam siri yang sama dan ulasan tentang buku.
Lipatan belakang jaket mengandungi – gambar penulis dan biodata penulis.

Buku Kanak-kanak
Kulit Lembut – kulit depan mengandungi bahan kulit depan
Bahagian dlm kulit depan yang tidak bersayap – kata pengantar, panduan ibubapa, lukisan hias motif cerita, judul lain dlm siri, judul lain penulis, pendahuluan kpd siri dan gambar watak utama.
Nama ilustrator dicetak pada setiap kulit buku
Bhg luar kulit belakang – notis hak cipta, keterangan buku, keterangan penulis, keterangan ilustrator, kandungan buku, judul lain dlm siri, ilustrasi yang berkaitan. Ilustrasu watak utama, harga jualan,no. ISBN, no. KK, nama pencetak dan bilangan cetakan/ edisi
Bhg dlm kulit belakang – lukisan watak utama dan judul lain dlm siri