Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Sunday, October 11, 2009

Kuliah 5: PROSES PENGELUARAN MEDIA CETAK DAKWAH

PERINGKAT PENGELUARAN
Langkah pertama dlm pemasaran barangan ialah menghasilkan barangan yang bernilai dan boleh dipasarkan.
Bahan media cetak yang berjaya memerlukan pelbagai kombinasi seperti kandungan, pengarang, judul, reka bentuk, promosi, kulit, harga dll.
Proses pengeluaran bermula dari peringkat editorial hingga membekalkan bahan siap kamera (camera ready copy) kepada pencetak
Manuskrip selesai disunting kopi dianggap manuskrip bersih
Diteruskan dengan proses perekaan

Tugas pereka bentuk
Penentuan rupa hias bahan yang akan diterbitkan.
Mahir dalam jenis rupa taip, susunan dan aspek teknikal dalam percetakan dan aspek seni grafik Bekerja di bawah pengawasan editor dan membantu pengarang mengemukakan idea dengan lebih mudah difahami dan jelas.
Pereka ibarat pendandan/ fesyen agar bahan terbitan kelihatan menarik – menguasai reka letak, reka hias, mekap, ilustrasi, melukis, perisian untuk perekaan- menarik dan jimat
Memahami ekonomi penerbitan - saiz, ilustrasi dan anggaran perbelanjaan
Mengenali khalayak
Matlamat utama perekaan ialah bahan terbitan mudah dibaca dengan baik dan mempunyai bentuk yang menarik dan sesuai dengan matlamat pengarang

PENENTUAN FORMAT
—Casting Off
—Anggaran jumlah ruang/ halaman yang ditentukan.
-Kira jumlah huruf dlm manuskrip/ ambil halaman contoh sahaja dan buat anggaran
-Biasanya jumlah huruf permanuskrip akan ditambah 5 – 10% utk mengelakkan kesilapan
-Jumlah permanuskrip dikira mengikut en dengan setiap satu huruf.
-Jumlah hueruf perbaris: 44
-Jumlah baris perhalaman: 25
-Jumlah halaman permanuskrip: 255
-Jumlah huruf permanuskrip: 44 x 25 x 255 = 280,500
-Jumlah huruf tambahan : 5%
-Jumlah huruf perhalaman: 44 x 25 = 1100
-Jadi jumlah halaman buku: 280,500 x 5% = 14, 025
-280,500 + 14,025
- 1100
-267 halaman

Tipografi
—Rupataip sama ada ada serif atau san serif, rupa font, ketebalan, huruf, italic, leading dll
—Rupa taip untuk dewasa – 8 – 12 pt dengan leading ½ pt (8/9 pt)
—Kanak-kanak – saiz lebih besar – 14 hingga ikut tujuan
—Kepanjangan baris tidak melebihi 39 huruf – utk mudah dibaca
—Times roman – biasa utk buku
—Ruang dan ilustrasi yg dipilih utuk membantu pembaca memahami jkandungan buku – jadual, rajah, peta, salasilah, formula, gambaran, lakaran dll
—Penentuan halaman awalan dan akhiran – ikut jenis buku (ilmiah, novel dll)
—Perekaan halaman teks – penentuan margin dlm halaman – kepanjangan baris ditentukan dua kali ganda saiz rupa taip. Jika 12 pt maka panjang baris ialah 24 pica.
—Jarak antara perkataan tidak menyebabkab wujudnya sungai apabila siap atur huruf.
—Margin/ jidar halaman yang sesuai membantu pembacaan.
—1 ½:2:3:4 = 1 ½ - jidar jilidan, 2 inci – jidar luar, 3 inci- jidar atas, 4 inci- jidar bawah
—Peletakan nombor halaman yang sesuai

—BAHAN AWALAN
—Bahan ini memberikan ringkasan tentang penerbitan, penulis dan buku.
1.Halaman judul kecil (rekto)
2.Kosong (verso)
3.Halaman judul penuh (rekto)
4.Halaman hak cipta (verso)
5.Halaman dedikasi (rekto)
6.Kosong (verso)
7.Halaman kandungan (rekto)
8.Halaman senarai ilustrasi (rekto)
9.Halaman senarai judul (rekto)
10.Halaman senarai penulis/ penyumbang (rekto)
11.Halaman epigraf (rekto)
12.Halaman kronologi (rekto)
13.Halaman prakata (verso)
14.Halaman pendahuluan/ pengenalan (rekto)
15.Kosong (verso)
16.Halaman teks (rekto)

Bahagian teks
—Bahagian inti sesebuah buku
—Tajuk bahagian
—Ringkasan bahagian
—Bab
—Pecahan bahagian
—Tajuk kecil dll

BAHAN AKHIRAN
—Catatan/ nota hujung
—Lampiran (Rekto)
—Glosari atau senarai istilah
—Bibliografi (Rekto)
—Indeks – senarai kata atau frasa, indeks perkara dan indeks nama (Rekto)
—Biodata penulis

—Anatomi buku
(Rujuk nota diberi)
—Halaman buku
(Rujuk nota diberi)