Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Thursday, February 11, 2010

KULIAH 1: PENGENALAN PENERBITAN MEDIA CETAK

Pengenalan media cetak
¢Lembaran-lembaran kertas yang bercetak.
¢Digabungkan menjadi satu bentuk jilidan.
¢Kertas-kertas bercetak dan berjilid mempunyai kulit yang menggunakan kertas yang lebih tebal berbeza dengan teks
¢Kertas bercetak yang mempunyai halaman tertentu
¢Cetakan buku, majalah, buletin, akhbar, pamplet, poster, sticker, banner, bunting, poskad, kad dan lain-lain

Fungsi media cetak
¢Alat pendidikan
¢Pengembangan budaya dan ketamadunan
¢Menyediakan indeks yang sahih
¢Ketekalan lebih lama- maklumat kompleks, tumpuan, ketelitian fikiran dan berterusan
¢Pembangunan sosial – menyatakan pendapat dan idea serta perasaan
¢Agen pembangunan negara – berlatar belakang tempatan dan menggambarkan persekitaran negara utk pastikan rakyat mendapat maklumat dan pengetahuan terkini
¢Berdakwah

BUKU
¢Buku dibahagikan dengan pelbagai cara mengikut kegunaan, bentuk dan jenisnya.
¢Bentuk buku - buku berkulit keras dan buku berkulit lembut.
¢Buku berkulit keras lebih mahal daripada buku berkulit lembut.
¢Dari segi khalayak- buku kanak-kanak, buku remaja, buku dewasa
¢Dari segi bidang – teknikal, sains, ekonomi, kesusasteraan, keagamaan, buku panduan, travel, mengisi masa lapang, manual, fiksyen dan bukan fiksyen
¢Halaman – 49 halaman dan ke atas

Penerbitan buku
¢Buku berbentuk panduan – peperiksaan, buku teks
¢Penyelidikan dalam subjek tertentu
¢Teori-teori asas
¢Monograf
¢Buku tahunan atau laporan

Jenis penerbitan buku
¢Tradebooks – buku dijual terus di kedai-kedai buku, kedai runcit dan perpustakaan untuk bacaan umum - buku fiksyen, biografi, buku kanak-kanak, komik, buku klasik, buku masakan dan hobi
¢ Buku agama- buku panduan ibadat, perkahwinan, falsafah, gerakan Islam, tafsir dll
¢Buku profesional – berhubung dengan kerjaya – buku-buk teknikal dan saintifik, fizik, biologi dan sains sosial, buku perubatan, perniagaan- pengkhususan bidang
¢Penerbitan ilmiah- penerbitan tidak mementingkan keuntungan untuk tujuan pengajian tinggi dan bahan kesarjanaan
¢Penerbitan buku-buku sekolah- buku teks, latihan, rujukan, buku panduan peperiksaan

MAJALAH
¢Terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dll
¢Berfungsi untuk memberi maklumat terkini dan untuk menghibur

Ciri-ciri;
- bersifat bulanan/ dwi bulanan/ berkala
- ruangan bergambar dan teks
- kreatif dan separa ilmiah
- isu tidak tahan lama

Bentuk – saiz A4, A5, kulit depan belakang – full colour dan glossy, 16 – 50 halaman dan menggunakan kertas berkualiti tinggi

Jenis-jenis majalah
¢Majalah Umum – mengandungi pendapat dan pegangan penerbit
¢Majalah Organisasi – untuk ahli sahaja- majalah sekolah/ persatuan
¢Majalah komersial – jabatan/ syarikat untuk perkenal syarikat atau barangan
¢Majalah cerita pelik
¢Buletin – mempunyai laporan berita, aktiviti, pengumuman dan makluman organisasi/ syarikat, edisi terhad

BAHAN CETAKAN LAIN
¢Periklanan
¢Maklumat
¢Motivasi
¢Jemputan
¢Kenangan/ cenderamata
¢Pakaian
¢Hiasan
¢Hobi
# poster, banner, bunting, pamplet, kad, khat, poskad, t-shirt, penanda buku, sticker, name kad, kalendar, diary dll

Aliran kerja penerbitan (Rujuk buku yang dicadangkan)

Tahap penerbitan
¢Sumber idea – pengguna, jurujual, pengedar, penerbit saingan dan penyelidikan
¢Penapisan – menilai potensi pasaran, menentukan kesesuaian judul, kesan judul baru terhadap judul lain
¢Analisis perniagaan – meramalkan jualan dan analisis keuntungan
¢Membentuk dan menguji keluaran – menguji judul, memohon hak cipta dan merekabentuk kulit buku
¢Ujian pasaran – menguji kaedah promosi, memilih saliran pengedaran, menentukan harga dan menentukan rancangan promosi
¢Pengenalan – mesyuarat jualan, menyelaras pengedaran dan melancarkan promosi
¢Penilaian – menganalisis data jualan, menyusun semula campuran promosi, menyusun semula jurujual dan menggugurkan judul lemah

Peranan penerbit
¢Perancangan dan pembuatan keputusan
¢Perancangan dan perolehan manuskrip
¢Penilaian manuskrip
¢Penyuntingan dan penyusunan manuskrip
¢Perekaan bentuk manuskrip
¢Penyediaan manuskrip untuk pencetak
¢Pembacaan pruf
¢Penentuan bilangan naskhah dan harga buku
¢Periklanan dan pemasaran
¢Pemilihan kertas teks
¢Perancangan perekaan kulit
¢Pengurusan pengeluaran
¢Penerbitan dan pengedaran

Peranan pengarang
¢Menghantar proposal
¢Bekerjasama dengan editor perolehan
¢Menyediakan manuskrip mengikut jadual yang ditetapkan
¢Membuat pembaikan mengikut cadangan editor
¢Memastikan manuskrip lengkap
¢Membaca pruf
¢Membantu memasarkan buku
¢Lain-lain

Tugas editor
¢Mencari pengarang dan membimbingnya
¢Membaca dan mebaiki proposal pengarang
¢Menyediakan kelengkapan yang diperlukan pengarang sewaktu menulis
¢Mengawasi perkembangan kerja pengarang
¢Menghubungkan pengarang dengan editor naskhah
¢Menguruskan perjanjian di antara pengarang dengan penerbit
¢Merancang aktiviti promosi
¢Membantu memasarkan buku
¢Lain-lain

Fungsi editorial
¢Editor – kakitangan penerbit yang ditugaskan menangani sesebuah manuskrip supaya diterbitkan
¢Perhubungan antara penerbit dengan pengarang, penerbit dengan pencetak, penerbit dengan penilai
¢Menjaga kualiti penerbitan, membina kepengarangan, konsep buku, menyelia aspek mekanikal, proses pengeluaran, membuat anggaran kos, membantu bahagian pemasaran, merangka belanjawan dan penjadualan projek penerbitan

Jenis-jenis editor
¢Editor – jawatan asas sesiapa yang bekerja di syarikat penerbitan di bahagian editorial
¢Tugasnya luas iaitu dari membina pengarang hingga ke mesin cetak
¢Editor mengikut bidang – editor bahasa, editor sains sosial, editor agama, editor teknologi maklumat dll.
¢Editor pengurusan – ada syarikat besar dan komersial – mengawasi proses penerbitan yang dijalankan oleh editor di samping berurusan dengan penulis, membina pengarang dan penyuntingan naskhah.
¢Editor perolehan – membina pengarang dan mencari manuskrip, pembinaan judul, memberi keputusan untuk judul buku yang akan diterbitkan, perancangan bidang-bidang yang penting untuk syarikat
¢Editor siri – menangani penerbitan buku bersiri
¢Editor bidang – menangani penerbitan buku dalam sesuatu bidang dan megawasi pembinaan judul dan proses penerbitan bidang di bawah seliaannya
¢Editor kopi – penghubung antara pengarang dengan pembaca – memantau kesalahan tatabahasa
¢Penolong editor – membantu kerja-kerja editor dalam kerja-kerja persembahan buku

Peringkat tugas editor
¢Menerima manuskrip – menilai dan mebuat keputusan untuk terbit (sendiri atau upah penilai)
¢Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kebolehlaksanaan penerbitan
¢Membuat penyuntingan
¢Menentukan bentuk fizikal buku
¢Meneliti bentuk taipskrip atau galei dan menyerahkan kepada penulis untuk penyuntingan pruf
¢Semasa proses cetakan, editor merancang promosi buku

Daripada pengarang kepada pembaca (Rujuk buku dicadangkan)

Aliran kerja penerbitan (Rujuk buku yang dicadangkan)

Rujukan
1. Hamedi Mohd Adnan (1997) Pengantar Penerbitan Buku. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
2. Stanley Unwin (1988) Mengenal Dunia Penerbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Hamedi Mohd Adnan (1996) Penerbitan dan Pemasaran Buku di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
4. Hamedi Mohd Adnan (2002) Industri Buku Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
5. Judith Butcher (1989) Penyuntingan Kopi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
6. ____ (1990) Gaya Dewan: Sebuah Panduan Kerja Penerbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Monday, January 11, 2010

Kuliah 2: Media cetak dakwah

PENGENALAN
Aktiviti dakwah ialah suatu usaha membawa manusia ke jalan Allah dengan cara dan kaedah tertentu. Kaedah menggunakan komunikasi massa sangat berpengaruh terutama dalam masyarakat moden yang berhadapan dengan perkembangan teknologi komunikasi.
Media sebagai alat penyampai bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan semata-mata tetapi boleh menyediakan bermacam-macam khidmat untuk semua kepentingan termasuk politik, ekonomi, gaya hidup, pengucapan keagamaan dan sebagainya.
Firman Allah SWT ;
Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (al-Quran) kepada mereka supaya mereka memperoleh peringatan (lalu beriman)” (al-Qasas: 51)
Sabda Rasulullah SAW;
Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akalnya masing-masing” (Riwayat Muslim)

Saluran Media Dakwah
Sesuatu yang digunakan untuk menyampaikan atau membawa sesuatu kepada sasaran.
Media – alat perhubungan untuk menyampaikan maklumat kepada sasaran
Wasilah – jalan untuk menyampaikan persembahan isi kepada sasaran yang diolah begitu rupa. Ia terkandung dalam semua media perhubungan yang bermacam-macam
Ghalush – al-wasilah membantu dalam perhubungan yang dapat memindahkan sesuatu pengertian atau mesej dari seorang kepada orang lain.
Saluran atau media – alat untuk menyampaikan isi atau mesej kepada sasaran – Isi disalurkan melalui media yang tertentu dipersembahkan dalam bentuk yang bermacam-macam atau uslub tertentu.

Kepentingan media
Keberkesanan dakwah
-Isi kandungan
-Gaya persembahan
-Kesesuaian media/ saluran yang digunakan
Oleh kerana dakwah mementingkan keberkesanan, maka segala perkara yang boleh membawa ke arah itu hendaklah digunakan.
Pertempuran idea dan maklumat di media-media boleh membawa kesan kebaikan atau kemusnahan kepada manusia.
Pemilihan media yang betul akan menjadi tarikan dan kesan yang baik kepada sasaran – TV, radio, buku, komik, majalah, syarahan

Pencapaian matlamat dakwah
-Wujud ikatan antara sebab musabab untuk mencapai sesuatu perkara dan disuruh menggunakan saluran/ wasilah yang boleh membawa kepada pencapaian tujuan.
-Dalam dakwah, keperluan kepada wasilah adalah lebih utama untuk mencapai matlamatnya.
-Oleh itu, penggunaan wasilah yang sesuai dalam dakwah menjadi satu perintah daripada Allah SWT; Firman Allah dlm surah al-Maidah ayat 35 yang bermaksud,
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.”

Asas media dakwah
Zaman Jahiliyah - Syair, khutbah, seruan, laungan dan pasar. Pengaruh media tersebut amat kuat dan Rasulullah SAW turut menggunakannya.
Zaman Rasulullah SAW – al-Quran, al-hadith, khutbah, tulisan, pendakwah, pengintipan dan peperangan

Saluran lain;
-Hubungan peribadi
-Surat
-Rombongan perutusan
-Tempat khusus untuk ibadat/ masjid
-Kelab perhimpunan
-Mimbar
-Tempat pendidikan
Islam menggalakkan umat Islam menggunakan setiap saluran yang boleh menyampaikan dakwahnya kepada sasaran tanpa melihat dari mana datangnya saluran tersebut asalkan tidak bercanggah dengan roh Islam dan tabiat hukumnya
Rasulullah SAW bersabda diriwayatkan oleh Ibn Majah yang maksudnya,
Kalimah yang hikmah itu, adalah barang orang mukmin yang kehilangan. Di mana sahaja dia mendapatinya, maka dia lebih berhak memilikinya.”

Definisi media cetak
Lembaran-lembaran kertas yang bercetak.
Digabungkan menjadi satu bentuk jilidan.
Kertas-kertas bercetak dan berjilid mempunyai kulit yang menggunakan kertas yang lebih tebal berbeza dengan teks
Kertas bercetak yang mempunyai halaman tertentu
Cetakan buku, majalah, buletin, akhbar, pamplet, poster, sticker, banner, bunting, poskad, kad dan lain-lain
Media cetak – alat komunikasi yang terdiri daripada simbol-simbol atau tanda-tanda yang ditulis pada sesuatu benda yang mempunyai maksud tertentu, seperti buku, majalah, risalah, surat khabar dsb.
Media cetak – alat sebaran am tertua di dunia yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.
Lebih ¾ kegiatan perhubungan awam berkaitan dengan media cetak.
Pendakwah – hendaklah bijak menyalurkan kandungan dan mesejnya melalui emdia cetak supaya tersebar di kalangan sasarannya yang ramai.
Kandungan dakwah diselitkan dalam saluran biasa atau sebaik-baiknya mengeluarkan media cetak tertentu secara tersendiri.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis media cetak atas nama Islam

Penggunaan media cetak
Media massa diperkenalkan oleh orang bukan Islam – umat Islam hanya menerima teknologi dan menggunakannya sebaik mungkin.
Media massa kini memaparkan terlalu banyak kemungkaran dan berlawanan dengan Islam- umat Islam perlu menyeimbangkan maklumat tersebut dengan maklumat yang mendatangkan kebaikan
Kepakaran – media cetak dan teknologinya memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya – galakkan umat Islam mempelajari kemahiran

Gangguan penerbitan
– kekurangan penghasilan karya yang bermutu, masalah pengurusan, masalah kewangan, masalah persembahan, isi dan bentuk fizikal, masalah pemasaran

Fungsi media cetak
Alat pendidikan
Pengembangan budaya dan ketamadunan
Menyediakan indeks yang sahih
Ketekalan lebih lama- maklumat kompleks, tumpuan, ketelitian fikiran dan berterusan
Pembangunan sosial – menyatakan pendapat dan idea serta perasaan
Agen pembangunan negara – berlatar belakang tempatan dan menggambarkan persekitaran negara utk pastikan rakyat mendapat maklumat dan pengetahuan terkini
Berdakwah

BUKU
Buku dibahagikan dengan pelbagai cara mengikut kegunaan, bentuk dan jenisnya.
Bentuk buku - buku berkulit keras dan buku berkulit lembut.
Buku berkulit keras lebih mahal daripada buku berkulit lembut.
Dari segi khalayak- buku kanak-kanak, buku remaja, buku dewasa
Dari segi bidang – teknikal, sains, ekonomi, kesusasteraan, keagamaan, buku panduan, travel, mengisi masa lapang, manual, fiksyen dan bukan fiksyen
Halaman – 49 halaman dan ke atas

Penerbitan buku
Buku berbentuk panduan – peperiksaan, buku teks
Penyelidikan dalam subjek tertentu
Teori-teori asas
Monograf
Buku tahunan atau laporan

Jenis penerbitan buku
Tradebooks – buku dijual terus di kedai-kedai buku, kedai runcit dan perpustakaan untuk bacaan umum - buku fiksyen, biografi, buku kanak-kanak, komik, buku klasik, buku masakan dan hobi
Buku agama- buku panduan ibadat, perkahwinan, falsafah, gerakan Islam, tafsir dll
Buku profesional – berhubung dengan kerjaya – buku-buk teknikal dan saintifik, fizik, biologi dan sains sosial, buku perubatan, perniagaan- pengkhususan bidang
Penerbitan ilmiah- penerbitan tidak mementingkan keuntungan untuk tujuan pengajian tinggi dan bahan kesarjanaan
Penerbitan buku-buku sekolah- buku teks, latihan, rujukan, buku panduan peperiksaan

majalah
Terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dll
Berfungsi untuk memberi maklumat terkini dan untuk menghibur

Ciri-ciri;
- bersifat bulanan/ dwi bulanan/ berkala
- ruangan bergambar dan teks
- kreatif dan separa ilmiah
- isu tidak tahan lama

Bentuk – saiz A4, A5, kulit depan belakang – full colour dan glossy, 16 – 50 halaman dan menggunakan kertas berkualiti tinggi

Jenis-jenis majalah
Majalah Umum – mengandungi pendapat dan pegangan penerbit
Majalah Organisasi – untuk ahli sahaja- majalah sekolah/ persatuan
Majalah komersial – jabatan/ syarikat untuk perkenal syarikat atau barangan
Majalah cerita pelik
Buletin – mempunyai laporan berita, aktiviti, pengumuman dan makluman organisasi/ syarikat, edisi terhad
Bahan cetakan lain
Periklanan
Maklumat
Motivasi
Jemputan
Kenangan/ cenderamata
Pakaian
Hiasan
Hobi
# poster, banner, bunting, pamplet, kad, khat, poskad, t-shirt, penanda buku, sticker, name kad, kalendar, diary dll