Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Sunday, January 11, 2009

KULIAH 12 PROSES PERCETAKAN MEDIA CETAK DAKWAH

PENGENALAN

Pencetak ialah orang yang menghasilkan bentuk fizikal sesebuah buku atau terbitan.
Naskhah bersih yang diterima daripada penerbit akan diset atau diaturhuruf, dicetak dan dijilid.
Kini, penerbit akan menghantar bahan siap kamera (camera ready copy) maka pencetak hanya membuat persediaan cetak dan menjilid sahaja.
Secara teknikal, percetakan merupakan proses yang paling sukar dalam bidang penerbitan media cetak.
Ilmu percetakan memerlukan pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.
Oleh itu, penerbit juga perlu tahu proses percetakan dan penjilidan dan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam percetakan bagi mengurangkan risiko eksploitasi pencetak yang tidak bertanggungjawab.

PROSES PERSEDIAAN PERCETAKAN

Setelah mekap halaman (perekaan) sudah bersih dari segala kesilapan, bahan siap kamera (CRC) akan disediakan oleh penerbit untuk mengalami proses seterusnya;

1. Imposition
Kerja-kerja penyusunan halaman buku sebelum kertas dicetak supaya apabila kertas dilipat kelak, halaman akan mengikut urutan yang betul.
Kerja-kerja ini dilakukan sebelum plate dibuat.

2. Origination
Memindahkan artwork atau gambar ke dalam bentuk yang boleh dicetak.
Hampir semua bahan penerbitan disetak dengan offset lithography, maka origination penting untuk dilakukan.
Terdapat 3 teknik origination iaitu line origination, halftone origination dan colour separation atau pisah warna.
Line origination - bahan imej biasanya warna hitam dan putih dimasukkan ke dalam kamera proses- untuk diambil imej asal bahan terbitan.
Negatif gambar akan terhasil dengan imej berwarna cerah manakala kawasan tidak berimej akan berwarna gelap.
Daripada negatif gambar, plate offset dibuat.
Halftone origination - proses untuk menghasilkan bentuk halftone negatif atau positif daripada gambar atau artwork hitam putih.
Negatif bukan hanya mengandungi kawasan gelap dan cerah, tetapi terdapat kawasan yang kelabu.
Titik-titik (dot) akan terhasil pada gambar iaitu titik-titik yang lebih besar berada di kawasan yang gelap dan kecil di kawasan yang terang.
Titik-titik ini dihasilkan dengan meletakkan skrin di dalam kamera di antara filem dengan bagan original. Skrin tersebut mengandungi garisan-garisan grid di filem yang dapat memecahkan imej kepada titik-titik bagi menghasilkan halftone negatif.
Colour separation - dari bahan berwarna akan dibuat pemisahan warna.
Warna akan dipisahkan kepada 4 warna asas iaitu magenta, kuning, cyn dan hitam.
Pelbagai warna dapat diohasilkan dgn penggabungan 4 warna tersebut.
Pemisahan warna dilakukan dengan menggunakan penapis yang memisahkan warna-warna gambar kepada empat warna asas.
Contohnya, penapis biru akan memisahkan negatif yang dicetak menjadi kuning.
Pemisahan warna akan menghasilkan filem bagi setiap warna yang kemudiannya akan dibuat plate.
Kini, kebanyakan kerja pisah warna dilakukan dengan menggunakan alat scan elektronik yang dapat dilakukan dengan lebih pantas, berkualiti dan meghasilkan empat warna dalam satu masa.
Alat scan ini m,enggunakan pancaran cahaya yang terik atau pancaran laser untuk menscan gambar original.

3. Pembuatan Plate

Selepas imposition dan origination selesai, pencetak akan melakukan kerja-kerja ozalid.
Ozalid atau blueprints - filem yang dihasilkan di atas kertas yang diberi bahan kimia untuk disemak oleh penerbit sebelum dicetak.
Setelah dipersetujui oleh penerbit, pencetak akan membuat pembetulan (jika ada) dan membuat plate daripada filem tersebut.
Plate keluli biasanya dilapisi dengan bahan kimia yang bertindak balas dengan cahaya dan diletakkan di bingkai dedahan cahaya.
Filem diletakkan di atas bingkai dan sumber cahaya dibiaskan menerusinya sehingga memberi kesan sensitif terhadap ruang imej.
Ia dibiarkan berkembang dan kemudian dibasuh dengan mesin automatik.
Ruang-ruang imej akan menarik dakwat dan menangkis air, sementara imej-imej akan menangkis dakwat dan emnarik air (bagi plate bacaan negatif dan sebaliknya bagi plate bacaan positif).
Plate dihantar pula kepada penerbit untuk semakan.

4. Percetakan
Memindahkan dakwah pada kertas
Terdapat empat teknik percetakan - letterpress, offset lithography, gravure dan cetak cahaya.
a) Letterpress (cetak tinggi)
Teknik ini merupakan teknik yang terlalu lama kerana dakwat digunakan di atas permukaan huruf yang menonjol untuk dicetak di atas kertas.
Pada zaman moden ini, huruf menonjol digunakan untuk menghasilkan plate.
Teknik letterpress ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja cetakan komersial dan pengaturhuruf secara hot metal.
Digunakan untuk percetakan surat khabar untuk menghasilkan imej yang jelas.
Juga utk cetakan yang sedikit dan kurang membazirkan kertas.
Tetapi teknik ini agak mahal dalam penghasilan plate dan agak perlahan prosesnya serta memerlukan kertas berkualiti tinggi dan baik.

b) Offset lithography (Cetak datar)
Menggunakan plate rata dan datar.
Bahagian imej disapu bahan kimia hingga dakwat melekat pada gambar dan huruf teks tetapi tidak pada bahagian lain.
Apabila kertas ditekankan kepadanya, dakwah akan memindahkan gambar dan huruf.
Kebanyakan penerbitan bergambar menggubnakan cetakan jenis ini sama ada menggunakan jenis sheet-fed atau web-fed bergantung kepada saiz kertas dan jumlah cetakan.
Jenis sheed-fed - boleh menggunakan pelbagai saiz kertas dan fleksibel kepada pelbagai warna. Jumlah cetakan yang besar hingga melebihi 100,ooo naskhah.
Web-offset- mencetak dengan kertas yan bergulungan dan tahap kepantasan melebihi sheet-fed. Ia mencetak kedua-dua belah pada satu masa.

c) Gravure (cetak dalam)
Plate cetakan berbentuk lekukan yang ke dalam untuk memuatkan dakwat.
Plate lengkung digunakan, cepat dan agak murah jika digunakan untuk jumlah cetakan yg besar.
Gravure bermakna pengukiran atau pemotongan permukaan.

d) Cetak cahaya (cetak tanpa tekanan)
Teknik gambar elektrostatis seperti xerox atau fotokopi.
Sesuai untuk jumlah cetakan yang kecil.
Kerja mencetak kulit buku menggunakan kaedah ini.
Lamination, imbosh dll boleh dilakukan selepas cetakan untuk mengelakkan habuk.

PENJILIDAN
Selepas kertas dicetak, kerja-kerja penjilidan akan dimulakan.
Antara kerja yang dilakukan dalam proses ini ialah;
a) melipat kertas
bentuk seratan akan ditentukan agar selari dengan spine atau tulang buku supaya halaman-halaman dapat dibuka dengan mudah.
Terdapat juga pencetak meletakkan seratan kertas bertentangan dengan spine untuk mengelakkan kertas koyak apabila dicetak.
Lipatan dilakukan berdasarkan jumlah halaman pada setiap lembar kertas yang dilipat, penataan susunan kuras yang sudah direncanakan dan sifat kertas yang akan dilipat.
Semasa proses imposition, pereka bentuk akan memikirkan cara lipatan kelak.
Setiap helaian kertas yang berlipat dinamakan kuras atau signature.
Jumlah halaman pada setiap kuras perlu sesuai dengan ketebalan.
Kuras yang terlalu tebal akan mengakibatkan buku tidak rata dan penjilidan tidak sempurna.
Cara biasa melipat kertas lebih 32 halaman ialah menggunakan tape and knife method.
Kuras yang sudah terhasil akan diasingkan bagi memudahkan kerja-kerja penyisipan.
Kuras-kuras akan disisipkan mengikut jenisnya hingga membentuk set halaman-halaman yang berupa isi buku yang berturutan halamannya.
Semua kerja-kerja ini dilakukan oleh mesin secara automatik.
Pemeriksaan (collating) akan dilakuan bagi memastikan setiap kuras disusun dengan betul

b) Menjahit
Semua kuras selesai disusun mengikut urutan, ia akan dijahit.
Jahitan dilakukan dilakukan sama ada menggunakan benang atau dawai atau gam sahaja.
Proses jahitan dilakukan untuk buku kulit keras.
Gam digunakan untuk penjilidan secara perfect binding sahaja.

c) Menjilid
  • Jilidan kulit keras atau hardbinding atau hardcover - bermula dengan melipat kertas dan kuras-kuras disusun mengikt urutan halaman. End paper atau sehelai kertas digam di bahagian awal dan akhir kuras. Kemudian buku dijahit dengan memasukkan benang menerusi spine setiap kuras dan benag akan menghubungkan antara satu kuras dgn kuras yang lain untuk membuat blok buku. Langkah seterusnya ialah lining, iaitu sehelai kertas atau kain digam dengan spine untuk menguatkan kaitan antara kuras tadi. Pada tahap ini, head dan tailbands akan dimasukkan (sehelai kain digamkan di atas dan di bawah spine). Bentuk spine buku ini kemudiannya boleh dibentuk sama ada bulat, rata atau empat segi. Buku akan digam dengan kertas keras dan ditekan-tekan untuk menguatkannya. Pakaikan jaket, jika perlu. Terdapat pelbagai jenis penjilidan kertas keras - full cloth boards, cloth boards with leather back, cloth boards with leather corner dan paper board turned insides with cloth.
  • Penjilidan Kulit Lembut - Biasanya menggunakan perfect binding atau tanpa jahitan (stitchless binding). Selepas kertas dilipat, kuras disusun mengkit urutan halaman sehingga lengkap. Kuras digam dengan gam yang kuat. Untuk memastikan cairan gam meresap dicelah-celah kuras, pisau atau benda tajam digunakan untuk mengguris-guris kuras tersebut. Selain itu, penjilidan saddle-stitched juga digunakan iaitu kuras distaplekan dengan dawai. ia sesuai untuk pamplet, majalah dan sebarang bahan cetak yang menggunakan kuras yan terbatas. Selain itu, side-stitched pula merupakan jenis penjilidan yang menggunakan dawai staple di bahagian tepi kuras. Tetapi kelemahannya buku tersebut sukar dibuka apabila tebal. Jenis penjilidan kulit lembut yan lain ialah centre stitched with tread, wire with wrapper, sewn with wrapper with or without endpaper, stab-stitched with wrapper or without endpaper, paper boards cut flush, full paper boards turned insides, sewn with white postcards boards with cover-cum-dust jacket drawn on teh boards pasted only to the spine dan flaps folded inside.
  • Penjilidan mekanikal - menggunakan lubang. Setiap kuras ditebuk lubang sebelum lubang-lubang dimasukkan gelung atau sesikat. Penjilidan yang sesuai untuk laporan persidangan, manual, buku-buku panduan, buku masakan, penggunaan komputer, kejuruteraan dll

KERTAS

jenis kertas yang digunakan ialah mengikut penerbit.

Antara sifat kertas yang digunakaan sesuai dengan mesin cetak ialah;

a) Bahan kertas sama ada menggunakan kayu, wood-free atau berlapis.

b) Berat kertas dan kuantitinya sama ada mengikut helaian atau meter atau gulungan

c) Kepekatan atau tembus cahaya

d) ketebalan dan permukaan kertas

e) Jenis kertas

f) Warna kertas dan kecenderungan perubahan warna selepas beberapa waktu

g) Arah serat5 kertas

h) Mutu lipatan kertas

i) Kuat sobek kertas.

Dua jenis kertas yg dianggap berkualiti iaitu free sheet dan groundwood stocks.

Free-sheet tidak berubah warna manakala groundwood biasanya digunakan untuk buku-buku paperback dan warnanya agak kelabu dan akan bertukar kepada perang selepas beberapa bulan. Bahan kimia digunakan untuk menjadikan permukaan kertas lebih putih dan lebih tahan.

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN..