Assalamualaikum
Selamat belajar!!
Thursday, June 11, 2009
LATIHAN AMALI PENYUNTINGAN KOPI
MENGANGKAT MARTABAT UMAT
Kami dahulu ucapNA ini dengan aluan selamt datagn ke seminar gerakan islam di dunia melayu II sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-17. Kehadiran saudara-saudari kami hargai sebagai pernyataan semangat setiakawan ukhuwah imaniyyah dan dokongan padu terhadap abim
sebagai gerakan kepemudaan yang mewadahi fikrah dan aspirasi ummah, perjuangan dan ‘amal Islami. Semoga allah memberkati kita semua dengan istiqamah yang mantap dalam menepati bay’ah, sumpah setia perjuangan lii’la’i kalimati ‘Llah – menjulang kalimat tinggi dan agama Allah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan curahan rahmah dan barakahNya kepada mereka yang konsisten, mantap dan beristiqamah di jalanNya:
Terjemahan:
Apabila mereka tetap istiqamah menempuh jalan itu, pastilah kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar.
(al-Jinn: 16)
Kami bersyukur dapat melanjutkan Seminar Gerakan Islam di Dunia Melayu dengan siri keduanya kali ini. Seminar yang berfokuskan rantau Melayu akan terus kita lanjutkan pada masa-masa mendatang atas keinsafan bahawa gerakan Islam harus cukup memahami reliti daerah operasinya. Segala permasalahan rantau ini harus dilihat dari sini, bukan dari London atau Leiden. Para ilmuan kita sendiri harus mampu meneliti dan mengungkapkan segala-segala tentang Islam, umat Islam dan perjuangan Islam di daerah ini.
Imej Islam di rantau Melayu sudah terlalu banyak tercemar oleh tulisan-tulisan bernadasinis dan mencemuh oleh sarjana-sarjana orientalis dan para carbon copy mereka di sini. Dari dahulu sampai serakang “orang-orang asing” itu tidak pernah menghentikan usaha mempertidakkan pengaruh dan peranan Islam di alam Melayu. Dulu, Van Leur (orientalis Belanda) cuba meremehkan pengaruh Islam di kalangan umat Melayu dengan mensifatkan sebagai “... only a thin, easily flaking glaze on the massive body of indigenous civilization”. Sekarang, T.B. Simatupang orang kuat Dewan Gereja dari Indonesia menafikan adanya zaman Islam dalam periodisasi atau pembabakan sejarah Indonesia. Yang ada hanya zaman Hindu yang ditandai oleh Empayar Majapahit dan diiukti dengan zaman Barat yang ditandai oleh penjajahan Belanda. Zaman Islam tidak pernah ada kerana tidak ditandai oleh adanya sebarang Empayar Islam yang meliputi sebahagian besar Kepulauan Indonesia.Di Malaysia, kita baru sahaja samasama menyaksikan sejumlah superficial observations para pemerhati luar itu yang menyimpulkan konon kebangkitan baru Islam di Malaysia sekarang ini tidak lebih dari sekadar suatu fenomena perkauman Melayu, bukan kebangkitan Islam murni dan tulen, seolah-olah kita terpencil dan terpisah sama sekali dari fenomena kebangkitan di serata rantau Dunia Islam dan seolah-olah kita langsung tidak memiliki ciri-ciri universal suatu kebangkitan yang “global” itu. Yang kita perlukan bukan lagi analisis dangkal para foreign observers tetapi penelitian dari dalam atau participant’s view yang ikut menghayati aspirasi perjuangan Islam dan mampu menyelami hingga dasar hati nurani umat. Kita juga tidak dapat menempahkan orang lain untuk menangani permasalahan umat rantau ini. Ahlu Makkata adra bi shi’abiha – warga Makkah sendirilah yang lebih tahu tentang lurah dan lembahnya; dan buat Dunia Melayu ini pula kita
Monday, May 11, 2009
Kuliah 9: Pemasaran penerbitan media cetak
Pengenalan
- Memenuhi keperluan buku kpd rakyat
Menyediakan dan membantu memajukan kemudahan dalam penerbitan- sumber manusia - Menyelaraskan semua aktiviti penerbitan dan aktiviti profesional demi memastikan tiada penyimpangan yang serius terhadap matlamat yang dirancang
- Memastikan hubungan yang sistematik dan baik antara polisi kerajaan dan perancangan dengan rancangan penerbitan
- Memberikan bantuan ekonomi kepada industri penerbitan atau melahirkan keadaan yang diperlukan bagi perkembangan industri penerbitan
- Umumnya, kerajaan menjadi tulang belakang kepada industri penerbitan dengan menyokong penerbit swasta utk terus beroperasi dalam pasaran profesional dan berdaya saing
Tujuan kerajaan mengawal bahan terbitan
Kerajaan mengawal bahan yang boleh terbit dan kawal harga buku terbitan
Tujuan;
1.Membantu kebajikan masyarakat – penyebaran ilmu
2.Menjamin peluang sama – galakkan penerbitan swasta utk rancakkan penerbitan buku
3.Kawal penyebaran maklumat - lindungi dari bahan bacaan yang tidak membangun masyarakat
4.Galakan perjalanan industri penerbitan – pasti edaran kepada masyarakat
Peranan DBP
- Memajukan pertumbuhan bahasa kebangsaan
- Mengembangkan bakat sastera
- Mencetak an menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dlm bahasa kebangsaan dan bahasa lain
- Menstandardkan ejaan dan sebutan- bentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dlm bahasa kebangsaan
- 3 Tugas DBP: mengembangkan bahasa, mengembangkan kesusasteraan Melayu dan menerbitkan bahan-bahan bacaan
Jenis terbitan DBP
- Buku teks dan buku pelajaran, buku rujukan, risalah- berkaitan dgn sistem pendidikan dari peringkat pra sekolah hingga Universiti
- Buku bahasa- istilah, kajian bahasa, perkamusan, dan penggunaan bahasa
- Buku sastera – sastera kreatif; novel, cerpen, sajak, buku kajian sastera
- Buku bacaan umum
- Buku terjemahan
- Pemasaran Buku
- Pemasaran: 4P (McCarthy)
1.Product
2.Price
3.Physical Distribution
4.Promotion - Sesuatu barangan/ buku dapat dipasarkan dengan berkesan sehingga dapat memuaskan hati pengguna. Keempat-empat elemen ini perlulah diberi perhatian dengan saksama.
Kegagalan penerbit dalam satu elemen akan menjejaskan program pemasaran bukunya.
Amalan pemasaran penerbit tempatan
- Kepentingan fungsi pemasaran – di Malaysia, peranan bahagian pemasaran kurang penting berbanding fungsi pengurusan;
Kajian Hamedi (1996): drpd 36 penerbit hanya 31 penerbit mempunyai bahagian pemasaran manakala selebihnya tidak terlibat dengan pemasaran. 5 penerbit hanya mempunyai seorang pegawai pemasaran sahaja, 19 penerbit mempunyai hanya 1- 4 orang pekerja pemasaran, 9 penerbit mempunyai 5-9 pekerja pemasaran dan hanya 3 penerbit mempunyai lebih 10 orang.
- Perancangan Pemasaran – 4P melibatkan perancangan keluaran, perletakan harga, promosi dan pengedaran
Kajian Hamedi (1996): 25% penerbit tiada perancangan langsung
- semakin jauh peranan penerbitan dari aspek keluaran, semakin kurang rancangan pemasaran
- aspek keluaran + peletakan harga – dibuat perancangan kerana saling berhubung
- wujud kecenderungan penerbit menyerahkan soal pengedaran kpd pihak lain spt pemborong dan kedai buku.
- Penerbit menyerahkan promosi kpd pihak lain.
- Sumber perancangan pemasaran : akhbar, majalah/jurnal, penerbitan & Laporan persatuan, Laporan Perunding, Laporan ekonomi kerajaan dll.
Kajian Hamedi (1996): Kebykan penerbit ‘tidak pernah’ menggunakan bhn2 terbitan sebagai sumber perancangan pemasaran terutama laporan perunding, laporan ekonomi negara, dan laporan persatuan- di negara ini, bidang penerbitan tempatan tiada dlm slot media malah persatuan penerbit juga tiada ruang utk membuat laporan penerbitan baru.
Di luar negara, Publisher Weekly dan Booksellers
- Amalan Perancangan Keluaran – penghasilan, pembentukan, penerbitan judul buku baru yang dapat dijual di pasaran untuk mendapatkan untung
Penerbit mempunyai unjuran tentang jumlah judul buku bagi sesuatu tahun atau memperuntukkan modal bagi membiayai program penerbitan pd tahun akan datang
Sumber idea tentang judul buku baru: editor, pengarang, pemborong, pekedai, pegawai pemasaran, penerbit saingan
Penyelidikan pasaran dilakukan – saiz pasaran, minat/ kecenderungan membeli, reaksi harga, reaksi format buku, kulit buku, reka bentuk – agar buku mudah dijual.
Kajian Hamedi (1996): 10 penerbit- editor, penulis, pemborong dan pekedai buku berpengaruh
- Amalan Penentuan Harga- ditentukan oleh editor atau pegawai pemasaran berdasarkan faktor: jumlah kos pengeluaran, penetapan kadar kenaikan harga, persaingan, kadar diskaun/ syarat kredit.
Harga buku – kadar kenaikan atau tambahan harga berdasarkan jumlah kos pengeluaran bagi senaskhah buku.
Kajian Hamedi (1996): 16% - 6 x ganda kos, 32%- 5 x ganda kos, 28% - 4 x ganda kos, 24% - 3 x ganda kos dan tiada 2 x ganda kos
Penerbit buku sekolah - persaingan harga menjadi faktor penetapan harga buku
Pelajar sekolah menengah- berdasarkan harga
Pelajar sekolah rendah – keputusan ibubapa – kualiti dan kewibawaan penulis berbanding harga.
- Amalan saluran pengedaran – Semakin besar saiz penerbit (bilangan judul buku setahun), semakin singkat saluran pengedaran yan digunakan – mereka cenderung melakukan sendiri urusan pengedaran buku-buku.
1.Jualan terus
2.Kedai buku
3.Pemborong
4.Sekolah
5.perpustakaan
Kajian Hamedi (1996): Pemborong (88.8%), kedai buku (77.7%), 97.2% jualan terus
- Amalan Promosi –teknik promosi: jualan persendirian, periklanan, publisiti, promosi jualan
memperkenalkan buku-buku baru, mengedarkan katalog terbitan, memberi naskhah percuma, diskaun, ceramah atau kursus
Kajian Hamedi (1996); 75% jualan persendirian, 136.1% promosi jualan, 16.6% periklanan, 13.8% publisiti
- Kesimpulan
Penerbit kurang mengamalkan konsep pemasaran moden; keluaran, harga, pengedaran dan promosi. Mereka lebih memberi tumpuan kepada aspek pengeluaran dan penyuntingan berbanding aspek pemasaran
Oleh itu, aktiviti penerbitan buku dicorakkan oleh aspek keluaran berbanding kecenderungan pasaran terutama buku-buku umum, ilmiah dan karya kreatif. Juga buku sekolah
Saturday, April 11, 2009
INFO BARU!! BAGAIMANA MEMBUAT LAPORAN PROJEK
Bersama-sama ini diberikan garis panduan yang mesti diikuti bagi menjamin mutu laporan memenuhi piawaian pemarkahan.
1. TAJUK PROJEK
2. OBJEKTIF PROJEK
3. AHLI PROJEK
4. PROSES MENDAPATKAN BAHAN
5. PROSES EDITING
6. PROSES PEREKAAN
7. PROSES PRUF
8. KOSTING DAN PELETAKAN HARGA
9. STRATEGI PEMASARAN
10. PENDAPATAN
11. MASALAH PROSES PENERBITAN
12. KESIMPULAN/ RUMUSAN
13. LAMPIRAN
Laporan lengkap hendaklah dibuat dengan sebaik mungkin dan hantar pada kuliah terakhir.
Wednesday, March 11, 2009
Kuliah 10: EKONOMI PENERBITAN MEDIA CETAK DAKWAH
Penerbit akan sedaya upaya mengurangkan perbelanjaannya dan menambahkan pendapatannya.
Ekonomi penerbitan merupakan perkara yang perlu difikirkan oleh penerbit untuk meningkatkan jumlah untung.
Formula Asas Ekonomi Penerbitan;
Kos pengeluaran pernaskhah akan turun jika kuntiti yang dicetak meningkat.
PERBELANJAAN
- perbelanjaan editorial - bayaran pengarang, pelukis, penyunting, penterjemah, pereka bentuk dll
- Perbelanjaan percetakan - bayaran pencetak, pembuat kertas, dakwat, kain, penjilid, benang, gam dll
- Pasaran dan pengedaran -bayaran jurujual, kerani pesanan, pengiklan, promoter dll
- Kos pengurusan - sewa bangunan, bayaran utiliti, gaji kakitangan, kadar faedah pinjaman dll.
Secara keseluruhan, kesemua perbelanjaan tersebut dibahagi kepada empat iaitu Kos berubah secara automatik, Kos tidak berubah, Kos promosi, dan kos pengurusan.
KOS BERUBAH SECARA AUTOMATIK
Kos yang akan berubah jika bilangan naskhah bertambah. Antara perbelanjaan yang terlibat ialah,
- Bayaran royalti pengarang - bergantung kepada bilangan naskhah terjual atau kadang-kadang bilangan naskhah yang tercetak.
- Bayaran kepada pencetak- untuk kerja-kerja cetakan dan penjilidan
- Bayaran untuk bahan-bahan - melalui pencetak atau langsung kepada pembekal spt kertas, dakwah, kain, benang, staples, gam dll
- Kos kertas akan bertambah atau berkurang selari dengan jumlah naskhah yang dicetak dan mengikut harga kertas di pasaran.
KOS TIDAK BERUBAH
Kos yang tidak berubah walau banyak manapun jumlah naskhah yang dicetak.
- penyediaan editorial - penterjemahan, penilaian, penyuntingan, ilustrasi, reka bentuk, rekabentuk kulit dll
- Kos atur huruf - atur huruf, kaligrafi, pisah warna dan pembuatan plat/ segala kos peringkat penyediaan sehingga buku dicetak.
- Kos atur huruf akan sama walau berapa banyak naskhah dicetak.
KOS PROMOSI
Kos berubah mengikut keputusan dasar penerbit yang biasanya dipengaruhi jumlah naskhah dan masa depan buku buku di pasaran. Umpamanya 30% daripada anggaran pendapatan buku tersebut sebagai belanja promosi.
Kos ini dipengaruhi oleh jenis buku, kuantiti, sambutan orang ramai dan jenis promosi.
KOS PENGURUSAN
Perbelanjaan ini tetap jumlahnya seperti pentadbiran, perakaunan, cukai, bayaran sewa, kadar faedah pinjaman dsb.
Kos ini relatif tetap. Jika pengurusan penerbitan adalah RM100,000 setahun dan penerbit menerbitkan 50 judul, maka setiap judul memerlukan kos pengurusan sebanyak RM2,000.
PENDAPATAN
Pendapatan yang diterima oleh penerbit ialah daripada hasil penjualan terbitannya. Menurut SMITH (1966), terdapat empat faktor utama mengira pendapatan penerbit;
- HARGA JUALAN - penentuan harga buku dibuat berdasarkan kos yang dikeluarkan oleh penerbit. Penentuan harga buku biasanya ditentukan dengan menggandakan kos pengeluaran iaitu 2 1/2 hingga 4 1/2 kali ganda daripada kos pengeluarannya, mengikut jenis buku.
- BILANGAN NASKHAH TERJUAL - Jumlah naskhah terjual akan mempengaruhi pendapatan penerbit. Terdapat naskhah yang tidak terjual, rosak, naskhah percuma untuk promosi.
- POTONGAN HARGA KEPADA PEDAGANG BUKU - Penuual buku runcit biasanya akan emnerima potongan harga daripada penerbit. Pemborong dan pengedar pula mendapat diskaun yang lebih sekitar 30% - 45% daripada harga buku. Terdapat pembeli yang menerima porongan harga daripada penjual.
- PERBELANJAAN TIDAK TERDUGA - Komisyen jurujual, hutang yang tidak terkutip daripada pembeli, belanja pengiriman pos yang penghantarannya ditanggung oleh penerbit. Kadar perbelanjaan ini boleh menjadi lebih 15%.
- ROYALTI KEPADA PENGARANG - Biasanya royalti ditentukan berdasarkan peratus tertentu daripada harga jualan buku (harga bruto) iaitu iaitu antara 5% - 15%- mengikut persetujuan antara penerbit dan pengarang. Terdapat juga penerbit membayar royalti berdasarkan harga jualan sesudah diskaun (harga neto). Semakin banyak naskhah dijual, semakin banyak royalti akan diterima oleh pengarang. Pembayaran pendahuluan biasanya akan dibayar oleh penerbit bagi tujuan penerbit mendapatkan hak terbitan, menggambarkan sikap baik penerbit dan sebagai imbalan hasil usaha penulis.
CONTOH PENGIRAAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
KOS PENGURUSAN
a) Sewa pejabat dan pemeliharaan RM 36,000
b) Gaji kakitangan dan belanja lain RM101,350
- Pengurus
- editor pengeluaran
- editor kopi
- jurujual
- jurutaip
- kerani akaun
- penjaga stor
- penghantar surat
- Bonus tahunan
- EPF
- Bayaran insuran dan perubatan
c) Perbelanjaan Utiliti RM 11,000
- bayaran telefon dan pos
- bayaran elektrik dan air
- pemeliharaan peralatan pejabat
d) Perbelanjaan Kenderaan RM 25,000
- Petrol dan parking & tol
- Servis dan pembaikan
- Cukai jalan dan insuran
e) Perbelanjaan Am RM 13,500
- alatulis dan suratkhabar
- perbelanjaan hiburan & minuman
- Belanja perjalanan
- Periklanan dan promosi
f) Penyelidikan dan Pembangunan RM 13,000
- membina penulis
- penyelidikan
- penilaian manuskrip
g) Perbelanjaan profesional RM 7,500
- Khidmat perakaunan
- bayaran audit
- bayaran guaman
h) Susut Nilai harga Tetap (Harga harta x 15%) RM 20,895
- pendingin hawa
- komputer
- pencetak
- mesin taip
- mesin fotocopi
- mesin faks & telefon
- kenderaan
- perabot
ANGGARAN KOS PENGURUSAN SETAHUN DIBAHAGIKAN DENGAN JUMLAH NASKHAH BUKU DITERBITKAN SETAHUN
RM223,745 / 108,000 nsk = RM 2.07 senaskhah
KOS PENGELUARAN
a) penilaian manuskrip RM 500
b) penaipan ke dalam komputer RM 350
(jika penulis tiada softcopy)
c) Ilustrasi RM 150
d) Aturhuruf dan mekap halaman RM 2,650
e) Indeks RM 200
f) Pisah warna dan filem RM 350
g) Kult buku RM 250
h) Cetakan dan kertas RM 4,500
KOS PENGELUARAN RM 8,950
Kos pengeluaran pernaskhah = RM 8,950/ 3,000 nsk = RM2.98
KOS PENJUALAN
a) Potongan harga 35%
b) Komisyen jualan 3%
c) Naskhah Percuma 2%
d) Stok lapuk 3%
e) Risiko hutang lapuk 2%
f) Royalti 10%
JUMLAH PERATUSAN TERLIBAT 55%
PENGIRAAN MENETAPKAN HARGA
Judul Buku: MEDIA CETAK DAKWAH
Jumlah Halaman: 350 halaman
Jumlah Cetak: 3,000 naskhah
Royalti: 10% daripada harga jualan
Potongan harga: 35% daripada harga jualan
Komisyen; 3% daripada jualan
Hutang lapuk 2% daripada jualan
Naskhah Percuma: 2% daripada jumlah cetakan @ 60 naskhah
Stok Lapuk 3% daripada jumlah cetakan @ 90 naskhah
Kos pengeluaran: RM8,950 @ RM2.98 senaskhah
Kos Pengurusan: RM6,215 @ RM2.07 senaskhah
Andaian harga Buku = Y
Penetapan Untung = 20% daripada jualan
Pendapatan Jualan = Perbelanjaan + Untung
Daripada jumlah cetakan 3,000 naskhah, hanya 2,850 naskhah sahaja yang dijual (ditolak naskhah percuma dan stok lapuk)
Pendapatan Jualan = 2,850Y
Pendapatan Penerbit = 1852.5Y (2,850Y - 35% potongan harga)
Tolak Royalti (285Y)
Tolak Komisyen (37.05Y)
Tolak Hutang lapuk (37.05Y)
Anggaran Untung 20% = 185.25Y (185.25Y x 20%)
Pendapatan Jualan = Perbelanjaan + Untung
1,852.5Y = (RM8,950 + RM 6,215)+ (285Y + 37.05Y + 37.05Y) + 185.25Y
1,852.5Y = (RM15,165) + (299.10Y) + 185.25Y
1,852.5Y = RM15,165 + 544.35Y
1,852.5Y - 544.35Y = RM15,165
1,308.15Y = RM15,165
Y = RM15,165/1,308.15
Y = RM11.59
TITIK PULANG MODAL (BREAK-EVENT-POINT)
Bilangan naskhah yang perlu dijual untuk mendapatkan modal yang dilaburkan.
Titik Pulang Modal = Jumlah Perbelanjaan/ Jumlah Harga buku
= RM15,165/ RM11.59
= 1,308 naskhah
Sunday, January 11, 2009
KULIAH 12 PROSES PERCETAKAN MEDIA CETAK DAKWAH
Pencetak ialah orang yang menghasilkan bentuk fizikal sesebuah buku atau terbitan.
Naskhah bersih yang diterima daripada penerbit akan diset atau diaturhuruf, dicetak dan dijilid.
Kini, penerbit akan menghantar bahan siap kamera (camera ready copy) maka pencetak hanya membuat persediaan cetak dan menjilid sahaja.
Secara teknikal, percetakan merupakan proses yang paling sukar dalam bidang penerbitan media cetak.
Ilmu percetakan memerlukan pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.
Oleh itu, penerbit juga perlu tahu proses percetakan dan penjilidan dan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam percetakan bagi mengurangkan risiko eksploitasi pencetak yang tidak bertanggungjawab.
PROSES PERSEDIAAN PERCETAKAN
Setelah mekap halaman (perekaan) sudah bersih dari segala kesilapan, bahan siap kamera (CRC) akan disediakan oleh penerbit untuk mengalami proses seterusnya;
1. Imposition
Kerja-kerja penyusunan halaman buku sebelum kertas dicetak supaya apabila kertas dilipat kelak, halaman akan mengikut urutan yang betul.
Kerja-kerja ini dilakukan sebelum plate dibuat.
2. Origination
Memindahkan artwork atau gambar ke dalam bentuk yang boleh dicetak.
Hampir semua bahan penerbitan disetak dengan offset lithography, maka origination penting untuk dilakukan.
Terdapat 3 teknik origination iaitu line origination, halftone origination dan colour separation atau pisah warna.
Line origination - bahan imej biasanya warna hitam dan putih dimasukkan ke dalam kamera proses- untuk diambil imej asal bahan terbitan.
Negatif gambar akan terhasil dengan imej berwarna cerah manakala kawasan tidak berimej akan berwarna gelap.
Daripada negatif gambar, plate offset dibuat.
Halftone origination - proses untuk menghasilkan bentuk halftone negatif atau positif daripada gambar atau artwork hitam putih.
Negatif bukan hanya mengandungi kawasan gelap dan cerah, tetapi terdapat kawasan yang kelabu.
Titik-titik (dot) akan terhasil pada gambar iaitu titik-titik yang lebih besar berada di kawasan yang gelap dan kecil di kawasan yang terang.
Titik-titik ini dihasilkan dengan meletakkan skrin di dalam kamera di antara filem dengan bagan original. Skrin tersebut mengandungi garisan-garisan grid di filem yang dapat memecahkan imej kepada titik-titik bagi menghasilkan halftone negatif.
Colour separation - dari bahan berwarna akan dibuat pemisahan warna.
Warna akan dipisahkan kepada 4 warna asas iaitu magenta, kuning, cyn dan hitam.
Pelbagai warna dapat diohasilkan dgn penggabungan 4 warna tersebut.
Pemisahan warna dilakukan dengan menggunakan penapis yang memisahkan warna-warna gambar kepada empat warna asas.
Contohnya, penapis biru akan memisahkan negatif yang dicetak menjadi kuning.
Pemisahan warna akan menghasilkan filem bagi setiap warna yang kemudiannya akan dibuat plate.
Kini, kebanyakan kerja pisah warna dilakukan dengan menggunakan alat scan elektronik yang dapat dilakukan dengan lebih pantas, berkualiti dan meghasilkan empat warna dalam satu masa.
Alat scan ini m,enggunakan pancaran cahaya yang terik atau pancaran laser untuk menscan gambar original.
3. Pembuatan Plate
Selepas imposition dan origination selesai, pencetak akan melakukan kerja-kerja ozalid.
Ozalid atau blueprints - filem yang dihasilkan di atas kertas yang diberi bahan kimia untuk disemak oleh penerbit sebelum dicetak.
Setelah dipersetujui oleh penerbit, pencetak akan membuat pembetulan (jika ada) dan membuat plate daripada filem tersebut.
Plate keluli biasanya dilapisi dengan bahan kimia yang bertindak balas dengan cahaya dan diletakkan di bingkai dedahan cahaya.
Filem diletakkan di atas bingkai dan sumber cahaya dibiaskan menerusinya sehingga memberi kesan sensitif terhadap ruang imej.
Ia dibiarkan berkembang dan kemudian dibasuh dengan mesin automatik.
Ruang-ruang imej akan menarik dakwat dan menangkis air, sementara imej-imej akan menangkis dakwat dan emnarik air (bagi plate bacaan negatif dan sebaliknya bagi plate bacaan positif).
Plate dihantar pula kepada penerbit untuk semakan.
4. Percetakan
Memindahkan dakwah pada kertas
Terdapat empat teknik percetakan - letterpress, offset lithography, gravure dan cetak cahaya.
a) Letterpress (cetak tinggi)
Teknik ini merupakan teknik yang terlalu lama kerana dakwat digunakan di atas permukaan huruf yang menonjol untuk dicetak di atas kertas.
Pada zaman moden ini, huruf menonjol digunakan untuk menghasilkan plate.
Teknik letterpress ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja cetakan komersial dan pengaturhuruf secara hot metal.
Digunakan untuk percetakan surat khabar untuk menghasilkan imej yang jelas.
Juga utk cetakan yang sedikit dan kurang membazirkan kertas.
Tetapi teknik ini agak mahal dalam penghasilan plate dan agak perlahan prosesnya serta memerlukan kertas berkualiti tinggi dan baik.
b) Offset lithography (Cetak datar)
Menggunakan plate rata dan datar.
Bahagian imej disapu bahan kimia hingga dakwat melekat pada gambar dan huruf teks tetapi tidak pada bahagian lain.
Apabila kertas ditekankan kepadanya, dakwah akan memindahkan gambar dan huruf.
Kebanyakan penerbitan bergambar menggubnakan cetakan jenis ini sama ada menggunakan jenis sheet-fed atau web-fed bergantung kepada saiz kertas dan jumlah cetakan.
Jenis sheed-fed - boleh menggunakan pelbagai saiz kertas dan fleksibel kepada pelbagai warna. Jumlah cetakan yang besar hingga melebihi 100,ooo naskhah.
Web-offset- mencetak dengan kertas yan bergulungan dan tahap kepantasan melebihi sheet-fed. Ia mencetak kedua-dua belah pada satu masa.
c) Gravure (cetak dalam)
Plate cetakan berbentuk lekukan yang ke dalam untuk memuatkan dakwat.
Plate lengkung digunakan, cepat dan agak murah jika digunakan untuk jumlah cetakan yg besar.
Gravure bermakna pengukiran atau pemotongan permukaan.
d) Cetak cahaya (cetak tanpa tekanan)
Teknik gambar elektrostatis seperti xerox atau fotokopi.
Sesuai untuk jumlah cetakan yang kecil.
Kerja mencetak kulit buku menggunakan kaedah ini.
Lamination, imbosh dll boleh dilakukan selepas cetakan untuk mengelakkan habuk.
PENJILIDAN
Selepas kertas dicetak, kerja-kerja penjilidan akan dimulakan.
Antara kerja yang dilakukan dalam proses ini ialah;
a) melipat kertas
bentuk seratan akan ditentukan agar selari dengan spine atau tulang buku supaya halaman-halaman dapat dibuka dengan mudah.
Terdapat juga pencetak meletakkan seratan kertas bertentangan dengan spine untuk mengelakkan kertas koyak apabila dicetak.
Lipatan dilakukan berdasarkan jumlah halaman pada setiap lembar kertas yang dilipat, penataan susunan kuras yang sudah direncanakan dan sifat kertas yang akan dilipat.
Semasa proses imposition, pereka bentuk akan memikirkan cara lipatan kelak.
Setiap helaian kertas yang berlipat dinamakan kuras atau signature.
Jumlah halaman pada setiap kuras perlu sesuai dengan ketebalan.
Kuras yang terlalu tebal akan mengakibatkan buku tidak rata dan penjilidan tidak sempurna.
Cara biasa melipat kertas lebih 32 halaman ialah menggunakan tape and knife method.
Kuras yang sudah terhasil akan diasingkan bagi memudahkan kerja-kerja penyisipan.
Kuras-kuras akan disisipkan mengikut jenisnya hingga membentuk set halaman-halaman yang berupa isi buku yang berturutan halamannya.
Semua kerja-kerja ini dilakukan oleh mesin secara automatik.
Pemeriksaan (collating) akan dilakuan bagi memastikan setiap kuras disusun dengan betul
b) Menjahit
Semua kuras selesai disusun mengikut urutan, ia akan dijahit.
Jahitan dilakukan dilakukan sama ada menggunakan benang atau dawai atau gam sahaja.
Proses jahitan dilakukan untuk buku kulit keras.
Gam digunakan untuk penjilidan secara perfect binding sahaja.
c) Menjilid
- Jilidan kulit keras atau hardbinding atau hardcover - bermula dengan melipat kertas dan kuras-kuras disusun mengikt urutan halaman. End paper atau sehelai kertas digam di bahagian awal dan akhir kuras. Kemudian buku dijahit dengan memasukkan benang menerusi spine setiap kuras dan benag akan menghubungkan antara satu kuras dgn kuras yang lain untuk membuat blok buku. Langkah seterusnya ialah lining, iaitu sehelai kertas atau kain digam dengan spine untuk menguatkan kaitan antara kuras tadi. Pada tahap ini, head dan tailbands akan dimasukkan (sehelai kain digamkan di atas dan di bawah spine). Bentuk spine buku ini kemudiannya boleh dibentuk sama ada bulat, rata atau empat segi. Buku akan digam dengan kertas keras dan ditekan-tekan untuk menguatkannya. Pakaikan jaket, jika perlu. Terdapat pelbagai jenis penjilidan kertas keras - full cloth boards, cloth boards with leather back, cloth boards with leather corner dan paper board turned insides with cloth.
- Penjilidan Kulit Lembut - Biasanya menggunakan perfect binding atau tanpa jahitan (stitchless binding). Selepas kertas dilipat, kuras disusun mengkit urutan halaman sehingga lengkap. Kuras digam dengan gam yang kuat. Untuk memastikan cairan gam meresap dicelah-celah kuras, pisau atau benda tajam digunakan untuk mengguris-guris kuras tersebut. Selain itu, penjilidan saddle-stitched juga digunakan iaitu kuras distaplekan dengan dawai. ia sesuai untuk pamplet, majalah dan sebarang bahan cetak yang menggunakan kuras yan terbatas. Selain itu, side-stitched pula merupakan jenis penjilidan yang menggunakan dawai staple di bahagian tepi kuras. Tetapi kelemahannya buku tersebut sukar dibuka apabila tebal. Jenis penjilidan kulit lembut yan lain ialah centre stitched with tread, wire with wrapper, sewn with wrapper with or without endpaper, stab-stitched with wrapper or without endpaper, paper boards cut flush, full paper boards turned insides, sewn with white postcards boards with cover-cum-dust jacket drawn on teh boards pasted only to the spine dan flaps folded inside.
- Penjilidan mekanikal - menggunakan lubang. Setiap kuras ditebuk lubang sebelum lubang-lubang dimasukkan gelung atau sesikat. Penjilidan yang sesuai untuk laporan persidangan, manual, buku-buku panduan, buku masakan, penggunaan komputer, kejuruteraan dll
KERTAS
jenis kertas yang digunakan ialah mengikut penerbit.
Antara sifat kertas yang digunakaan sesuai dengan mesin cetak ialah;
a) Bahan kertas sama ada menggunakan kayu, wood-free atau berlapis.
b) Berat kertas dan kuantitinya sama ada mengikut helaian atau meter atau gulungan
c) Kepekatan atau tembus cahaya
d) ketebalan dan permukaan kertas
e) Jenis kertas
f) Warna kertas dan kecenderungan perubahan warna selepas beberapa waktu
g) Arah serat5 kertas
h) Mutu lipatan kertas
i) Kuat sobek kertas.
Dua jenis kertas yg dianggap berkualiti iaitu free sheet dan groundwood stocks.
Free-sheet tidak berubah warna manakala groundwood biasanya digunakan untuk buku-buku paperback dan warnanya agak kelabu dan akan bertukar kepada perang selepas beberapa bulan. Bahan kimia digunakan untuk menjadikan permukaan kertas lebih putih dan lebih tahan.
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN..