Assalamualaikum

Kemahiran menerbitkan sebarang maklumat dalam bentuk media cetak merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Malah kerja-kerja penerbitan akan menjadikan anda seorang yang kritis, teliti dan berfungsi sebagai pendakwah yang kreatif dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dirancang menggunakan kepelbagaian saluran yang sesuai. Oleh itu, kursus Media Cetak Dakwah ini merupakan kursus yang bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar dengan asas-asas penerbitan media cetak seperti majalah, buku, risalah, buletin, pamplet, poskad, poster dan sebagainya supaya pelajar dapat memanfaatkan kemahiran ini untuk keberkesanan dakwah itu sendiri.
Selamat belajar!!

Tuesday, August 11, 2009

Kuliah 7:PENYUNTINGAN KOPI

PENGENALAN
Terdapat 4 jenis kerja yang perlu dilakukan kepada manuskrip;
1.Menyunting
2.Menyunting kopi
3.Menentukan tipografi
4.Menanda manuskrip yang dilakukan oleh pencetak

Menyunting manuskrip
Dilakukan oleh penyunting perolehan;
Melakukan penelitian menyeluruh terhadap manuskrip;
1.Kandungan
2.Skop
3.Peringkat
4.Panjang pendek
5.Susunan buku
6.Menyemak sama ada buku ditulis dgn jelas, ilustrasi perlu, keterangan tepat, tiada fitnah, lucah atau langgar akta
7.Pindaan mesti dgn persetujuan pengarang

Penyunting kopi
Matlamat penyunting kopi ialah untuk menghapuskan sebarang halangan antara pembaca dgn apa yang ingin disampaikan oleh pengarang
Menyelesaikan masalah sebelum manuskrip dihantar ke pencetak agar proses pengeluaran berjalan lancar
Penyunting kopi akan terlibat dgn 3 peringkat proses penyediaan buku:;
1.Sebelum kos dianggarkan
2.Sebelum manuskrip dihantar utk perekaan
3.Pengarang menghantar naskhah pruf
Penyunting kopi boleh menyenaraikan faktor suntingan yang boleh diambilkira oleh pereka bentuk- pembangunan perenggan, penggunaan simbol, tajuk utama, tajuk kecil
Penyunting kopi membantu pencetak membuat anggaran kerja dgn lebih tepat dan memastikan manuskrip lengkap berdasarkan tipografi yang telah siap
Penyunting kopi dapat menentukan terlebih dahulu sebarang masalah atau kesilapan pengarang
Penyunting kopi membuat pembetulan mengikut persetujuan pengarang- gaya bahasa, ejaan, tanda baca, perenggan dan keselarasan
Penyunting kopi adalah manusia luar biasa
pembaca yang cerdas dan pengkritik yang sensitif
Mengambil berat kesempurnaan dan teliti
Bijak mengurus masa
Bijak menjaga perasaan pengarang
Terpaksa menanam minat dlm bukan bidang terutama mengesan kegagalan pengarang memberi penjelasan dlm penulisannnya
Jika mempunyai ilustrasi, penyunting kopi memastikan ilustrasi berkesan dan berfungsi, diletakkan di halaman yang tepat dan sesuai serta dirujuk dgn betul.
Penyunting kopi memastikan pencetak menerima naskhah kopi yang lengkap, jelas, tepat dan difahami
Terlibat dengan masalah pengeluaran- tahu lebih terperinci, menjelaskan kehendak pengarang kepada perekaan dan pencetak

Cara menandai manuskrip
(Lihat British standard 5261, Copy preparation and proof correction, h. 186- 189)
(Rujuk juga Judith Butcher (1989) Penyuntingan Kopi, KL: DBP )

Perkara yang ditandakan di jidar kiri;
1.Halaman baru/ halaman sebelah kanan
2.Kodkan tajuk kecil dgn huruf dlm segiempat sama
3.Garis tegak utk menunjukkan petikan karangan yang perlu disetkan
4.Arahan meletakkan ilustrasi teks dengan membuat bulatan
5.Mengenalpasti huruf dan tanda baca yang meragukan dan tiada ruang untuk menanda di atas huruf/ perkataan
6.n.p untuk menunjukkan perenggan baru n.p

Cara menandai manuskrip
Perkara yang tidak perlu arahan di jidar;
1.Pemotongan huruf
2.Pemotongan perkataan/ ayat yang panjang
3.Penukaran tempat huruf atau perkataan
4.Tukar kepada huruf condong
5.Huruf tebal atau boldkan
6.Huruf besar
7.Huruf Besar –Kecil
8.Huruf kecil
9. Rapatkan
10. Bukan Baris baru
11. Jarakkan
12. Kekalkan

Penyemakan lengkap kpd pencetak
Memastikan taipskrip dan llustrasi tiada butiran tercicir
Sistem pernomboran – elakkan penggunaan angka roman;
Halaman awal
Disemak halaman verso dan rekto tepat
Halaman teks
Halaman akhiran
Petikan
Rujukan
Jadual
Judul kecil
Bab
Izin hakcipta
Di UK – 50 tahun dari tarikh mula diterbitkan (tahun berakhir)
Cabutan karangan – perundingan secara adil (keizinan)
Ilustrasi dan jadual – keizinan atau tergolong dlm skop perjanjian antara penerbit-penerbit yang menganggotai Badan Penerbit Antarabangsa dalam bidang sains, teknik dan perubatan (International Group of Scientific, Technical and Medical Publisher-STM) – Jika utk kulit kena mendapat kebenaran walaupun sudah dibenarkan utk dlm teks
Foto peribadi/ seseorang – perlu kebenaran. Kecuali foto melibatkan khalayak ramai – pengenalan disembunyikan dgn menutup bahagian matanya
Penghargaan
Jika tidak dengan kebenaran atau dengan kebenaran, undang-undang hakcipta menghendaki seseorang membuat ‘penghargaan yang memadai’ dengan menyertakan nama pengarang dan judul terbitan;
-Senarai penghargaan mengikut susunan abjad di halaman awalan
-Pada catatan kaki

Ilustrasi
Pengecilan linear – 2 = 1 / 3 = 2
Pengecilan peratus – 60%
Sembulan – lembaran besar yang terpaksa dilipat dan dilekatkan ke dalam buku (utk peta besar dan terperinci atau gambarajah penting)
Halaman dua muka – ilustrasi dua muka terpksa dicetak berasingan separuh kecuali di tengah-tengah kuras (digalakkan) terutama utk penerangan ilustrasi
Asingkan ilustrasi daripada teks untuk melalui proses yang berlainan
Sediakan senarai ilustrasi untuk halaman awalan

Jenis-jenis ilustrasi;
1.Jenis garis – dilukis dengan dakwat hitam yang pekat
2.Jenis hafton – fotografi berwarna/ lukisan berwarna
Kedudukan – pastikan setiap rajah diberi pada jidar teks
Kedudukan terbaik berhanpiran dengan rujukan ilustrasi yang pertama atau rujukan ilustrasi terperinci
Catatan diberikan utk meletakkan gambar/ rajah dalam teks (rajah 6 di sini) di bahagian catatan jidar
Kandungan/ kapsyen – pastikan setiap gambar, rajah dan jadual diberi kapsyen dan sesuai dgn teks

Pruf
Latih diri membaca perlahan supaya dapat melihat setiap huruf dalam setiap perkataan dan memerhatikan tanda baca pada setiap ayat.
Tandakan dgn pensil
Senaraikan ejaan, huruf besar dan tanda sempang sebagai panduan ketiga membaca pruf untuk keselarasan
Baca pruf
Perhatikan;
1.Sekiranya terdapat kesilapan yang menonjol, pandangan seseorang itu sering melompat kepada perkataan yang berikutnya. Setelah membuat pembetulan, baca seluruh baris itu sekali lagi.
2.Perkataan yang ternyata salah ejaannya mudah dikesan

No comments:

Post a Comment